U Follow I Follow

Ahad, 8 April 2012

layan....

malam kelmarin kopak lagi duit aku layan anak anak gi funfair,tapi bila pikir pikir tu memanglah aku ngan hubby keje tuk anak anak juga kan,takpelah habis duit sikit janji depa bahagia dan gembira kan ! anyway...aku tak banyak snap gambaq sangat coz aku lupa lak nak bawa kamera,nie pun guna hp hubby aku yang tak bape canggih tu,tapi layan jugalah snap gambaq semasa di sana....




tengah usha usha apa yang nak main....


waaa,kena beli token lau tak...tak dapat main....



                    tingin nak naik menatang nie...tapi perasaan takut menguasai diri hi hi.... 






tengok tu hubby dah mula cekak pinggang,tak sabaq nak terjahlah tuh....




kegembiraan anak anak penawar duka aku ngan hubby !



masyaallah tengok tu,kanak kanak tua !



kakak.....


adek.....


hah sini yang kami berhabis.....


tengok tu....





ape ape pun weekend aku ngan anak anak terisi beb....!


Jumaat, 6 April 2012

'' 7 Petala Cinta ''

salam jumaat....

baru jeh habis layan citer ""7 Petala Cinta''...tersentuh juga tengok citer nih memang best giler,tersentuh jiwa aku yang sememangnya berjiwa sensitif,berombak jugalah perasaan hati nie...yealah melihat citer yang mengagungkan ngagungkan islam,citer yang mengungkap kisah suka duka perasaan sesama manusia,pengorbanan,erti persahabatan juga cinta pada yang esa....




kisah Hamka seorang graduan syariah dari Universiti Al-Azhar telah bertunang dengan anak kepada guru di madrasah tempatnya menuntut ilmu, Saidatul Nafisah ( begitu indah nama ini ) lakonan Shima Anuar dan kemudiannya berhijrah ke Yemen untuk menuntut ilmu. Hamka mempunyyai seorang adik yang menuntut di madrasah yang sama,Hilma Aqila ( indah juga nama ini ) lakonan Diana Amir . dalam masa yang sama Hamka telah menulis senaskhah Al-Quran dengan tulisan tangannya sendiri untuk di hadiahkan buat isteri tersayang sebagai hantaran perkahwinannya kelak.

namun ketentuan ilahi,satu hari berita mengenai Hamka terbunuh di Yemen tersebar selepas negara itu dilanda perang saudara dan konflik politik. Tunangnya, Saidatul menanti dengan setia lalu muncul pula Attar lakonan Aeril seorang yang jahil sehinggalah bertemu dengan ayah Nafisah lakonan Ustaz Dini yang mengajar di Madrasah yang sama.Attar sudah lama memendam perasaan cinta kepada Nafisah. Di situlah konflik diantara cinta,sahabat juga kesetiaan...yang telah membuka pintu hati Nafisah untuk menerima Attar menjadi suaminya....
 
pengakhiran citer nie memang trajis habis.....
 





layannn.....

Rabu, 28 Mac 2012

Syabas

 

As salam,tahniah lah aku ucapkan pada SK Taman Seroja Bandar baru Salak Tinggi,Sepang coz atas inisiatif pihak sekolah "guru menyambut kehadiran murid"...waaa cayalah aku cikgu cikgu nie seawal pagi jeh 2 3 orang cikgu berdiri di tepi pagar sekolah sambil menyambut kedatangan murid murid ke sekolah dengan ucapan " selamat datang selamat datang..selamat datang selamat datang "......rasa cam kelakar,tapi dalam masa yang sama memang bagus amalan sebegini,bukan hanya anak murid sahaja yang di minta memberi salam pada cikgu,tapi cikgu juga perlu menerapkan perasaan menghormati anak anak ke sekolah contohnya dengan adanya inisiatif sebegini....tapi walau bagaimanapaun masih di harapkan juga cikgu cikgu masih menekankan aspek di siplin dikalangan anak anak murid supaya menekankan kedatangan awal pagi kesekolah...
syabas pada SK Taman Seroja,harap berterusan yea !

Khamis, 22 Mac 2012

ABP melawat sungai petani...

Salam...

apa khabar rakan blogger...! lama juga aku tak menulis,kesian kat blog aku nie kabur je dari pandangan aku,... korang pun kan kan,bukan tak nak menulis,cuma mood nie kurang sikit seminggu dua nieh,plak tuh penat pun ye jugak tak cukup rest mana taknya balik kampong ari tu rasa cam terkejar kejar jeh balik pagi kamis naik kapai torbang okaylah suka...,malam ahad dah kat sini,balik sini naik ketapi terhenjut henjut sampai kl central,kejaq plak komuter,cam ikan sardin...sabar jelah ! tu lah gara gara ikut cakap anak nak naik ketapi....! penat sangat sangat pastu isnin dah mula keje,ingat nak amek cuti rehat satu hari tapi sayangkan cuti punya pasai maklumlah banyak bulan lagi nak pakai cuti nie hingga ke hujung tahun,belum lagi anak tak sihat,cuti cuti malaysialah...

nak citer sikitlah kat kampong ari tu ABP berita harian ada datang kat tempat aku,punyalah ramai orang kat village Mall tu,akulah salah sorang yang ramai tuh hi hi....dapatlah aku snap bintang bintang yang aku rasa ok ok laaa........

korang layanlah poto poto nie.....
aku tinggalkan korang  kejap yea coz ada keje menunggu,jumpa lagi !




















Rabu, 14 Mac 2012

terjah

'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'

cer korang tengok ,sape tu...




Aron Aziz tengah wat shooting kat tempat aku keje,siap pakai baju MAS lagi,aku tak tau filem atau drama yang bakal keluar,tapi yang pasti.......
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'

nie yang tak tahan nih...
jangan jeles hah.....!

                                                                                    


Rabu, 7 Mac 2012

07 MARCH 2012


 malam tadi detik 12 tengah malam,ada mesej masuk rupanya mesej dari mak aku ucapkan selamat hari lahir wat aku,terus aku jadi sebak,coz mak akulah orang pertama yang ingat tentang hari lahir aku,of kos lah kan,sebab dia yang melahirkan aku.....bangun tidor anak anak pulak ucapkan "selamat hari jadi,ibu" timak kasih sayang sebab ingat hari lahir ibu,tak de ape ape ke,tanya aku...he he anak anak aku senyum jeh ! nie hah,kad untuk ibu....!timakasih.

di opis kawan kawan dah wish kat aku,alamak mana depa tau today hari lahir aku....!depa tengok dalam facebook,ade yang wish dalam facebook....wah canggih kan ! timakasih lah coz sudi wish kat aku,doakan aku sihat,tambah rezeki ( tambah anak oppsss....nanti dulu ek ! ) ,jadi isteri yang soleh,ibu yang penyayang.....cantik tak...? nie hadiah dari kakak kat opis aku,timakasih yea atas hadiah nie....



ape,tak dengaq,hubby aku...? eeemm dah tentulah awai awai pagi dia dah wish kat aku,cuma tuh geram sikitlah coz hp dia yang ngingatkan dia tentang tarikh keramat aku nie....anyway aku tak kisah sangatlah  tak kisah pun janji ada wish dari dia,hadiah...? katanya tunngguuuuu..., takde pun takpe ingatan dari hubby tu yang penting ....thanks sayang,doakan moga kita menjadi suami isteri yang bahagia yea di samping anak anak......waaa dada dah sebak nie,coz Allah masih izinkan aku untuk terus bersama sama keluarga,dan juga menghambakan diri kepadanya.

aminnnn......

Selasa, 6 Mac 2012

minggu peperiksaan & cuti persekolahan

alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T dapat aku titipkan entry tuk hari ini.

ujian persekolahan anak anak dah bermula...minggu nie giliran sek rendah,minggu lepas ujian persekolahan Kafa dah selesai,malah anak anak dah pun menerima sebahagian kertas ujian beserta markah,alhamdulillah anak yang darjah 1 walaupun masih lagi dalam tahap pembelajaran sek rendah & sek agama,tapi alhamdulillah prestasi nye memberansangkan...harap harap anak-anak dapat lalui minggu peperiksaan ini dengan hati yang tenang dan dapat menjawap soalan dengan baik.

minggu depan cuti persekolah dah bermula,anak anak dah tahu yang kami semua akan balik kampong emak aku di Sungai Petani,Kedah.si kakak asyik membilang hari jeh,siap calendar aku habis di pangkah sana sini.maklumlah budak dah besar tahu apa erti balik kampong kan,tambahan lagi ada anak buah aku sebaya dengan dia,memang kalau balik ke kedah berkepit jeh ngan sepupu nya....

kelmarin kebetulan plak,emak aku tepon gi tahu jiran sebelah mak aku jemput aku datang umahnya dia wat kenduri kawin anak tunggalnya,alhamdulillah rezeki aku la nie dapat makan nasi kenduri,dah lama tak makan nasi kenduri,asyik pi makan nasi arab jeh he he....
anyway,t aku lod gambaq gambar percutian aku kesana ye ( wah cam lah gi bercuti ke overseeeeee....)

jumpa lagi next entry,bye bye


 

Isnin, 5 Mac 2012

calon baru

tiap kali ada entry baru,pasti aku tak lupa mohon maaf  coz update tak semewah bloger lain...,sekali sekala jeh,tu pun aku curi masa keje aku sikit...

nie nak citerlah sikit hari sabtu aku baru baru nie,wah! korang caya tak aku tersenarai dalam calon pemilihan AJK dalam Mesyuarat Agung Koperasi Malaysia Airlines Kawasan (KLIA) ke 8 bagi tahun 2012.tengok tu hah pas calon aku.ada hati juga aku nak jadi calon yea,bukannya ape semangat aku nak gantikan orang orang lama,jadi pelapis pelapis baru ha ha...

ramai juga calon yang tersenarai 69 orang calon,yang di kehendaki hanya 30...dah tentu terang terang aku terkeluaq bukannya ape aku baru first time orang baru di calonkan,yang lain tu kebanyakkan orang orang lama,siap pancing undi lagi,akuu.....hampeh,hanya beberapa kerat jeh yang aku kenai...tapi tak sangka jugaklah yea,267 orang yang mengundi aku,atleast ada juga yang sudi mengundi aku ha ha....

tapi yang bestnya tu,bukanlah aku nak cakap yang aku hadir mesyuarat nie semata mata nakkan elaun kedatangan sebanyak RM50.00 tu,tapi memang dah salah satu agenda yang akan di berikan elaun pada sesiapa sahaja yang hadir dalam mesyuarat tersebut....,mungkin juga inilah salah satu pihak Koperasi Malaysia Airlines nak pancing undi untuk staff staff Malaysia Airlines soh join Koperasi senanglah nak wat loan ha ha ha....



maaflah tak dapat aku nak citer panjang panjang,coz masa amat mencemburui aku,t kita jumpa di lain entry yea,bye bye...! ( kelam kabut jeh entry aku nie....sowry yea )

Wassalam.