U Follow I Follow

Rabu, 30 November 2011

alhamdulillahhhh...dah cantik blog aku nih dah nampak klas setaraf dengan blogger blogger yang lain hi hi...
pasni aku nekad tak nak tukar tukar baground lagi,harap sedap mata memandang,sejuk hati membaca....:-)

Selasa, 29 November 2011

apa jadi dengan aku punya blog nihhh,aduh tension nye...tulah kao lienda pandai sangat godek sana godek sini,hah...kan dah tah ape ape dah jadi blog nie...! camana nak buat nie....!

nasi arab lagi

   korang tahu petang ahad  lalu,
   aku dan hubby aku bawa aku dan
   anak anak gi persint 1,anak anak
   nak mandi swimming pool,
   jadi untuk tak menghampakan hajat
   anak anak kami pun kesana petang hari tu,
   maklumlah sian juga cuti sekolah nie
   anak anak tak kemana mana,camana
   nak pi bercuti,hubby aku kan tengah mc lagi,
   masih sakit lagi akibat accident hari tu....!
dalam perjalanan ke sana,hati aku terdetik umtuk mengajak hubby aku untuk makan nasi arab dalam perjalanan pulang nanti,aku cuba suarakan hajat tersebut pada hubby aku....
"nantilah ayang,kita balek ajelah lain kali kita makan yea,coz dah malam nie,lagipun abang tak tahu jalan ke sana...! "
aku diamkan diri ajeh coz aku paham inilah first time kami kesana,selalunya aku ke sana gi ngan kawan,kawan yang drive....aku sampai terus makan ajeh ! biarpun hati ini meronta ronta nak makan nasi arab,hari tu makan rasa tak puas.....tapi aku kuburkan keinginan aku tu bersama angin malam....!
dalam perjalanan pulang entah macamana kami tersesat cari jalan pulang ke klia
( kelakar kan ) padahal tiap bulan kami kesana untuk shopping barang dapur di carefore....mungkin jugak sebab malam kot,jadi tak nampak jalan ( he he kami follow pada sign board )....dah sesat nie kami terus kan jugak mencari jalan pulang ke klia,mencanak jugaklah kami malam tu mengagau cari jalan balek....!
tup tup kami ikut jalan cyberjaya,lau kawan kawan nak tau....entah camane kami tiba di persimpangan jalan.....
abang ! tengok tu sambil aku menunding jari ke seberang jalan... "restaurant saba "
kami pandang sesama sendiri senyum....
langsung apalagi kami terus singgah kesitu untuk makan malam,tercapai jugak hasrat aku nak makan nasi arab he he....
itulah hubby aku cakap Allah S.W.T punya kuasa...kita hanya merancang tuhan yang menentukan...
sambil makan kami tersenyum sendirian....!kami sempat lagi tapau untuk sarapan pagi esok hi hi....!
dan kuasa Allah S.W.T juga,selesai kami makan kami pun bergegas untuk pulang,entah macamana senang plak kami jumpa jalan pulang ke klia....!

Rabu, 23 November 2011

tabahkanlah hatinya

hari ini aku terbaca satu blog dari kawan aku,sedih aku baca blog tu http://mawarnafastari.blogspot.com/
tiba tiba perasaan aku jadi sensitif plak,aku tak dapat bayangkan diri aku jika di tempatnya,macamana anak anak aku yang 4 orang ini apabila kehilangan seorang ayah seperti yang di alami pada anak anak mawar...!!!
begitu tabah hati dia menghadapi kehidupan ini di samping anak anak yang masih lagi kecil malah semakin hangat meriduii ayahnya....
 
(  "nak cakap ayah...." berulang2 kali dia sebut...
aku yang ngantuk terus terjaga dan kelu serta sebak mendengarnya...
terus aku peluk Embun dan tenangkan dia... dan buatkan susu dia , terus saja dia tertidur semula.."  )
 
bayangkan kawan kawan jika kita dalam situasi yang begitu,adakah kita sekuat mawar ?
aku...?aku tak sekuat mawar,hati aku kecik untuk menerima dugaan Allah ini....!
tapi mawar ! tabah,kuat mungkinkah demi anak anak ! ya demi anak anak mawar bangkit,walaupun di hati kecik mawar terselit rasa sedih,terselit rasa kecewa,terselit rasa rindu....
 
aku doakan moga mawar tabah,demi anak anak...berikanlah kasih sayang sebagaimana nafastari berikan tika dia hidup,moga anak anak mawar membesar menjadi anak anak yang soleh dapat mendokan ibu dan bapanya,aminnnnn juga al-fatihah buat mawar sekeluarga...!
 

Selasa, 22 November 2011

nasi arab


huh,baru balik dari melayan  nasi arab"gendang gendut tali kecapi,kenyang perut suka hati "inilah yang terjadi pada diri aku hari ini !
kawan kawan tentu familiar kan ngan saba restaurant kan,kalau tak familiar ngan restaurant saba tu malulah ngan aku coz aku pun tahu restaurant saba tu he he maaf baru nak berjinak jinak ngan restaurant ni...
Hari ini aku keluar bersama rakan rakan untuk menikmati hidangan di saba restaurant,kebetulan hari ini kami nak meraikan seorang kawan kami yang hari ini jatuh ulangtahun nye yang ke 50,langsung kami sepakat untuk meraikan ulangtahun beliau di saba restaurant....tapi malangnya dan sedihnya beliau tak dapat sertai kami coz kesihatan tidak mengizinkan,kami terpaksa proceed juga ke sana coz tempahan dah di buat...aku ok ajeh coz bukan senang nak makan nasi arab di cyberjaya nie,tambah tambah lagi ada orang sponser ( belanjalahlah tuh...),huh memang sedap giler nasi arab nih,banyak siut sampai tak terabis makan siap tapau tapau lagih.....kena plak ngan banana milk fuhhh terangkat wa cakap bebbbb.....
korang lau ada masa tu gi lah layan nasi arab kat cyberjaya,datang sekali pasti nak datang lagi....!

Isnin, 21 November 2011

mood sedih

korang tahu aku rindu sesangat nak mengupdate blog aku nih,hampir 3 minggu jugalah aku tak pedulik dengan blog aku....! yelah mana taknya korang tahu hati aku nie sangat sedih,laki aku accident sekang nie dok umah layan mc...tulang rusuk retak....!aku sedih sangat coz...,hati aku hari hari berduka,nampak jeh muka aku ceria,tapi dalam nie tuhan ajeh yang tahu...aku kesian tengok hubby aku dok kat umah,mati kutu katanya tak keje,maklumlah kawan dah biasa keje kuat demi keluarga,bila dah jadi camnie...tapi ok juga kan coz laki aku nie susah nak cuti asyik keje jeh,hah nie rezeki tuhan bagi suh rehat,cover balik penat lelah keje tu kan...!
sekarang nie laki aku tengah berehat di rumah,layan sukan sea jeh nampaknya tuh....!
anyway aku minta kawan kawan doakan supaya laki aku cepat sembuh yea...maaflah coz entry aku nie begini rupa,ringkas sangat maklumlah hati aku masih dalam mood sedih....hope rakan blog paham yea....!
bye bye...!

Isnin, 7 November 2011

selamat hari raya korban

selamat menyambut hari raya Aidiladha kepada semua rakan rakan blog , kepada yg dah berada di kampong selamat bergembira bersama keluarga .. aku tahun nie rasa macam tak sambut raya je mana taknya nielah first time aku beraya di rumah sendiri,aku tak balik mana mana .kata hubby aku bersabaqlah yea ( senyum dalam tangisan ),camana aku nak balik,hubby kena kerja,lagipun sejak ada keta baru nih,budjet aku dan suami memanjang miss....anak anak ada juga bertanya,nape kita tak balik kampong ibu,kawan kawan semua balik kampong...! sian anak anak aku tak dapat merasai suasana hari raya korban....( inilah pengorbanan aku dan anak anak ).
           sib baiklah kat sini ada wat korban,hubby aku kerja petang so pagi tu dapatlah dia memabantu serba sedikit dalam ibadah korban nie,dapatlah anak anak aku melihat sendiri pengorbanan beberapa ekor lembu untuk di korbankan...! kata hubby aku anak anak aku begitu teruja melihat lembu lembu tu kena sembelih....hubby aku dapatlah sedikit daging dan tulang lembu,apalagi dah ada daging nie aku pun buatlah
daging cicah ayer asam juga sup tulang kegemaran hubby dan anak anak aku,alhamdulillah dapat gak aku merasa manisnya daging korban !
        aku ada call kampong,mak kata tak ada mood, anak anak semuanya tak balik ....adek ely yang dok ngan mak di kampong pula demam,sian...rindukan anak anak buah kot ! hari raya macam tak raya jeh kata mak aku....rindukan anak anak lah tuh.....abah pulak kena keje jugak...!insyaallah mak abah,tahun depan kami akan balik kita beraya sama sama yea,kita raya sakan ...!
                                     " SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA "

Jumaat, 4 November 2011

idola

salam petang jumaat...

tiada yang dapat membanggakan ibubapa jika si anak berjaya dalam pelajarannya walaupun baru di peringkat sekolah rendah,begitulah yang aku lalui sekarang,aku sebagai ibu sangat berbangga dan berbunga apabila si anak datang memberitahu yang dia dapat no 1 dalam kelas dan skor 96%...apatah lagi untuk peperiksaan akhir tahun,peperiksaan yang menguji daya keupayaan dan penerimaan anak anak kita selama setahun bersekolah untuk tahun tersebut....
aku merasakan aku bukanlah ibu yang terbaik berbanding dengan ibu ibu yang lain dan aku percaya ada ibu yang lebih baik daripada aku,namun aku berusaha untuk berbuat yang terbaik untuk keluarga aku terutamnaya anak anak aku yang sedang membesar di alam persekolahan.
 Anak-anak menjadi kebanggaan aku dan suami.Syukur dengan apa yang Allah kurniakan kepada kami setakat ini. Sebenarnya aku akui bahawa ayah aku adalah idola aku,aku banyak belajar daripada sikap ayah dalam membesarkan anak-anak. Mungkin aku tidak ambil dan tiru semuanya, namun aku akui sikap garang ayah aku apabila mengajar anak anak terutamanya yang berkaitan dengan pelajaran anak-anak, kadangkala aku membayangkan apa yang ayah aku lakukan dalam mengajar anak anaknya ( aku dan adek adek aku ).
Dalam hal-hal berkaitan dengan pelajaran, aku rasakan ayah sebagai seorang bapa yang tidak pernah berkira dari segi masa, tenaga lebih lebih lagi wang ringgit. Dan itulah yang aku cuba terapkan dalam diri aku dan suami supaya aku tidak leka dalam memberi pelajaran pada anak anak...!

1. memberi keutamaan anak anak bersekolah
Pelajaran anak-anak memang menjadi keutamaan aku dan suami.

2. mengutamakan pelajaran anak-anak dan memastikan anak-anak akan ke sekolah pada setiap hari persekolahan, kecuali apabila tak sihat dengan ertikata lain demam.

3. Satu lagi, buat pemeriksaan atau kunjungan mengejut di sekolah.
Untuk memastikan anak anak datang ke sekolah ( biasanya anak anak yang dah besar dah pandai ponteng sekolah ).

4. senantiasa menghadiri semua perjumpaan antara ibu bapa dengan pihak sekolah.
mesyuarat agung & Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan hari mengambil rekod kemajuan pelajar. .

5. Begitu juga apabila ada upacara tertentu. 
kita sebagai ibubapa cuba menghadirinya. Sewaktu di sekolah rendah, menghadirkan diri pada Hari Sukan, sewaktu anak anak menerima hadiah kerana mendapat nombor teratas dalam kelas, ibubapa perlu datang bagi sokongan pada anak anak.

6. Ayah juga akan menyediakan segala keperluan persekolahan anak-anaknya.
 termasuk wang belanja sekolah, membeli buku teks dan buku tulis, pakaian seragam, alatan persekolahan serta keperluan untuk kegiatan kokurikulum.



Khamis, 3 November 2011

bus o bus

pagi nie seperti biasa jam 7.00 pagi aku dah keluaq rumah untuk menghantaq anak anak ke sekolah,biasalah rutin harian aku tuh,si ayah biasanya lewat sikit gi kerja coz tempat aku kerja ngan suami bertentangan,aku laluan yang sama ke sekolah dan tempat kerja aku....hujan plak renyai renyai....kesian plak aku mikir husband aku gi kerja naik moto musim musim hujan nie,tapi kata suami aku lebih selesa naik moto katanya ...entahlah aku tak nampak pun keselesaan tuh,yang aku nampak camnielah lau hujan basah kuyup.....!...
anyway nak aku cite sebenor benornya bulan nie aku gi kerja naik bus,coz keta aku ada problem sikit....lepas jeh antaq anak anak ke sekolah,aku pun terus bergegas ke tempat aku parking keta untuk naik bus,sib baiklah 2 3 hari aku naik bus nie tak hujan,cuma waktu aku balik keje adalah hujan sikit sikit,tapi aku tak kisah tu yealah dah balik apa halnya basah pun basahlah kan dah sampai umah ha ha....ada aku kisah !
       part naik bus nie yang aku tak sanggup,berhimpit himpit cam nasi himpit :-) lau di himpit ngan adek manis atau abang honsome aku pun suke! nie tak yang aku baran nie,dah lah kena berdiri plak tuh,si mat bangla bangla nie....aduhhhhhh naik tengit hidung aku,loya pun ada....sambil angkat tangan keatas pegang pemegang supaya tak jatuh.....huh,pening kepala aku bila bau tu menyengat....tak sanggup aku dok lama lama sebelah mat mat bangla tuh....aku terus ke belakang bas,hah sib baik ada kursi kosong lagi,fuh lega.....
dalam posisi aku dah stabil tuh,baru jeh aku nak layan tidoq,si mat mat bangla tu dah berasak asak kebelakang,rupanya dah di suruh oleh pemandu bas kebelakang,coz ramai lagi orang nak naik.....ah alantaklah janji aku dapat duduk.....bau tu tetap bau,tapi nak wat geno,tutup jelah hidung tu ngan sapu tangan,habis cite.....!tak pun ambik minyak wangi spray banyak sikit kat tangan tu...... :-) pastu cium !

Rabu, 2 November 2011

MasterChef Malaysia


 korang tahu tak,setiap hari sabtu-rabu kul 9 malam je,aku mesti tercegat kat depan televisyen,anak anak aku pun sama ! aku tak tau aura apa yang telah merasuk aku hinggakan aku begitu agresif untuk menonton MasterChef Malaysia rancangan masakan tu....! aku betul betul teruja dan kagum melihat kepintaran peserta peserta yang dapat menyertai rancangan tersebut...
mana taknya kawan kawan,dalam masa 45 minit je depa semua dapat memasak masakan mengikut tema yang di beri oleh Chef Selebriti terkenal....dalam masa sesingkat tu dapat pikiaq resepi ape nak masak,bahan bahan nak masak juga kreativiti dan kemahiran menghias testur masakan tuh...kalau akulah rasanya satu jam pun belum tentu aku dapat menu yang nak aku masak,yelah mana taknya hari hari masak,sampai tak tahu ape yang aku nak masak...last last aku gi je kedai tapau ape yang aku rasa nak tapau he he dah tentu siap dalam masa 15 minit ha ha.....







Chef Riz,Chef Zubir & Chef Johari
pelajar


pekebun sayur

                       semangat peserta yang menyertai rancangan nie amat aku kagum,dengan minat memasak yang diorang ade aku pasti mereka semua nie dapat pergi jauh setanding dengan Chef Selebriti...
doktor pergigian

pelakon

penoreh getah
         korang tahu tak depa semua bukannya datang dari profession sebagai tukang masak tetapi datang dari pelbagai kerjaya,peguam,penoreh getah,penyanyi&pelakon,pelajar,pekebun dan yang paling aku tak sangka sekali doktor gigi...yelah mana taknye hari hari dok mengadap pesakit,sempat lagi tuh si doktor nie menyertai pertandingan nie,tu lah aku dah cakap kalau dah minat memasak nie,tak kiralah kat mana bila dan di mana....minat memasak tu tetap ada !

kek lapis puding
salmon goreng
dan malam nie,malam yang aku tunggu tunggu,salah sorang dari peserta nie akan tersingkir,dah tentu aku sedih coz semua peserta nie hebat hebat belaka,cuma dah adat pertandingan...sape yang kurang terselah kemahirannya pasti terkeluaq kan....!ape ape pun aku tetap menyokong rancangan nie,dan aku rasa inilah rancangan yang terhebat aku rasa Astro persembahkan :-)

Selasa, 1 November 2011

akhirnya dapat juga !


masam je anak ibu nie,sian dia....
 masam jeh muka anak aku nih...

" ibuuu,ibu belikanlah anak patung cam kakak anis tuh,baby (panggilan manja anak aku ) sukalah,comel...
 nanti ibu belikan yea ! lambatnye !( luah anak aku....!)

<><>
<>
<><>
anak patung kepunyaan kakak anis

alahai....
akhirnya dapat juga anak aku miliki anak patung impiannya ,bangganya aku sebagai ibu dapat menunaikan hajat anak aku

tengok tu... :-)

hai anak anak,segala keinginanmu akan cuba aku tunaikan....!