U Follow I Follow

Jumaat, 14 Oktober 2011

alahai Tokwan aku

" ya Allah ya tuhanku,kaulah maha penyayang dan maha pengasih,sihatkanlah tubuh badan TokWan aku yang sedang demam ini,kau berikanlah kekuatan pada dirinya untuk dia mengaharungi hari hari tuanya dengan kesihatan yang baik,kau pulihkanlah kesihatan dia,amin ya rabbal alamin !"
pagi nie dapat berita tokwan aku masih lagi tak sihat,still badan lemah lemah,sekarang nie dok kat umah anak dia kat KL (umah paksu aku)...

berbaring je,badan lemah


sian plak aku,teringat aku sebelum nie kami sesama ke Terengganu meghadiri kenduri perkahwinan sepupu aku,dengan kudrat yang ada TokWan aku melangkah girang masuk ke dewan persandingan,upacara amat meriah,kami di layan dengan begitu baik dan mesra sekali dari keluarga pihak pengantin perempuan(sepupu aku tu lelaki),makan memang mewah di sana,kami di beri 2 buah rumah Home stay (cam banglo) rasa cam nak duk terus kat situ he he,memang berbaloi rasanya dapat duk situ 3 hari 2 malam setelah hampir 9 jam kami drive dari kl (tu aku,lau tokwan aku dari kedah,kira sendirilah....!)...


Towan aku jadi saksi pernikahan
bergambar dengan pengantin

tiba hari last kami di sana,tokwan aku dah mula menampakkan ketidaksihatannya,tapi kami gagahi juga membawanya ke masjid Kristal,lambang kemegahan di negeri Terengganu,katanya tak tengok lagi so kami pun bawalah Tokwan aku kesana,suka sangat dia tapi itulah kena papah coz tak larat nak berjalan....alhamdulillah !dah selesai kami melawat,kami pun bertolak balik ke kl,kul 11.00 malam baru kami sampai...aku lak terus balik ke Nilai,coz esok isnin,anak anak sekolah !
sehari selepas tu dapat berita Tokwan aku tak sihat so paksu aku bawalah ke klinik amek ubat

nasi bubur Tokwan
 
lepas makan ubat,tidor
terpaksalah Tokwan aku dan nenek aku tangguhkan dulu balik ke rumah mereka di Kedah...
sehinggalah ke hari nie dah hampir seminggu lebih Tokwan aku di sini,takpelah Tokwan rehatlah dulu kat sini,dekat ngan anak anak nak minta tolong kan !makan ubat ikut masa yea Tokwan supaya cepat sembuh dan dapat pulang ke rumah di Kedah (Rumahku Syurgaku)...insayaallah esok kami datang melawat Tokwan yea !

  
 






1 ulasan:

  1. moga TokWan cepat baik..dia tak sihat sbb nak balik umah sendiri.org tua biasalah..mana selesa duk umah org lama2

    BalasPadam

tiada apa yang menarik dalam catatan ini,titipkan ulasan rakan rakan sebagai tanda sokongan,
Terima Kasih.