U Follow I Follow

Rabu, 8 Februari 2012

Sambutan Maulid Nabi 2012

A'kum,dah lama rasanya tak ke udara he he,kojap ada kojap hilang!biasalah sibuk sikit,baru jeh nak mengupdate blog,ada jeh halangan,penuh aku simpan kat draf tu hah !bila nak terbitkan rasa cam dah lapuk langsung delet hi hi...apa apapun korang janganlah tak layan blog aku yea,singgah singgahlah walaupun kurang entry dari aku nih...

Hari nie aku gagahkan kuatkan semangat nak juga terbitkan entry aku hari nie,coz takut jadi cam entry yang lepas lepas,simpan jeh dalam draf,dah lama langsung deleted...!

nie cerita aku setaman,ustazah yang mengajar anak anak kami mengaji Iqra' & Al-Quran ada anjurkan acara sambutan Maulidul Rasul 2012.kami berhempas pulas jugalah masak masak untuk sambutan hari tu yang akan bermula pada jam 4 petang...yang aku tak tahan nye tuh,pagi pagi lagi jam 8 pagi ustazah dah siap menjerit paggil kitorang suh bangun untuk menyediakan bahan bahan tuk memasak di belakang umah kami...


mana orang lelaki nih,takkan berdua je kot...

punyalah semangat kami buat persediaan tuk jamuan petang tuh....!yang aku nak cerita kan tu semangat kejiranan yang kami ada membuatkan kami rasa cam satu keluarga....untung untung sok anak anak kami dah besaq besaq nak kawin,tak yahlah kami order catering,panggil jeh wat mesyuarat tuk masak masak hah meriahkan cam kat kampung kampung tu hah !


ooppsss jangan !

sesi potong memotong


kari kambing,sodapppp



makan time


anak aku amirah

hai makcik,dah lapor ke...

pentas
nie pentas yang kami sama sama buat khas untuk anak anak kami wat persembahan untuk di persembahkan buat ibubapa yang datang,ingat orang nak kawin je ke yang naik pelamin,budak buadak yang mengaji Iqra' & Al-Quran juga berpeluang naik pelamin tau !


si kakak,asyikin
anak anak tengah menunggu untuk membuat persembahan,sementara menunggu juga untuk menanti kehadiran para jemputan ibu bapa ...


tuan rumah,ustazah Intan

Ucapan alu aluan yang di sampaikan oleh Ustazah Intan selaku tuan rumah yang menganjurkan sambutan Maulidul Rasul 2012 pada hari Selasa 07 February 2012 bersamaan 14 R.Awal1 433.


anak anak pengajian Iqra' & Al-quran ustazah Intan




ish ish ish,kelakarlah tuh !

si cantik manis,atikah

my hero aiman

peace yo yo





kumpulan nasyid 'imam junior

kumpulan nasyid perempuan

ibubapa yang hadir



Selepas anak anak didik Usatzah Intan dah buat persembahan,tibalah masanya anak anak pengajian Iqra' & Al-Quran mula keluar dari perkarangan rumah Ustazah Intan untuk sesi perarakan Maulidul Rasul dan untuk ke sekian kalinya kami para ibubapa di minta untuk bersama sama memeriahkan perarakan tersebut bersama bersama anak anak pusing keliling taman....


dah nak mula perarakan keliling taman


tengok tu hah!semangat angkat dik jangan tak angkat....


ibubapa pun ikut berarak

budak budak kompang

 alhamdulillah,selesai sudah perarakan tersebut yang di iringan dengan paluan anak anak kompang....
walaupun penat kami tawaf keliling taman,tapi terpancar di muka masing masing kepuasan yang kami rasa dalam sambutan tersebut bersama anak anak kami....




Alhamdulillah sekali lagi kami disajikan dengan hidangan makanan yang enak enak sekaligus berakhirlah
sambutan maulidul rasul 2012 bersama sama anak anak pengajian Iqra' & Al-Quran ustazah Intan.


makan lagi

cenderahati dari tuan rumah

okaylah,rasanya setakat nie dulu aku syer coretan aku yang tak seberapa nie,tunggu coretan aku yang akan datang yea...!

2 ulasan:

tiada apa yang menarik dalam catatan ini,titipkan ulasan rakan rakan sebagai tanda sokongan,
Terima Kasih.