U Follow I Follow

Jumaat, 4 November 2011

idola

salam petang jumaat...

tiada yang dapat membanggakan ibubapa jika si anak berjaya dalam pelajarannya walaupun baru di peringkat sekolah rendah,begitulah yang aku lalui sekarang,aku sebagai ibu sangat berbangga dan berbunga apabila si anak datang memberitahu yang dia dapat no 1 dalam kelas dan skor 96%...apatah lagi untuk peperiksaan akhir tahun,peperiksaan yang menguji daya keupayaan dan penerimaan anak anak kita selama setahun bersekolah untuk tahun tersebut....
aku merasakan aku bukanlah ibu yang terbaik berbanding dengan ibu ibu yang lain dan aku percaya ada ibu yang lebih baik daripada aku,namun aku berusaha untuk berbuat yang terbaik untuk keluarga aku terutamnaya anak anak aku yang sedang membesar di alam persekolahan.
 Anak-anak menjadi kebanggaan aku dan suami.Syukur dengan apa yang Allah kurniakan kepada kami setakat ini. Sebenarnya aku akui bahawa ayah aku adalah idola aku,aku banyak belajar daripada sikap ayah dalam membesarkan anak-anak. Mungkin aku tidak ambil dan tiru semuanya, namun aku akui sikap garang ayah aku apabila mengajar anak anak terutamanya yang berkaitan dengan pelajaran anak-anak, kadangkala aku membayangkan apa yang ayah aku lakukan dalam mengajar anak anaknya ( aku dan adek adek aku ).
Dalam hal-hal berkaitan dengan pelajaran, aku rasakan ayah sebagai seorang bapa yang tidak pernah berkira dari segi masa, tenaga lebih lebih lagi wang ringgit. Dan itulah yang aku cuba terapkan dalam diri aku dan suami supaya aku tidak leka dalam memberi pelajaran pada anak anak...!

1. memberi keutamaan anak anak bersekolah
Pelajaran anak-anak memang menjadi keutamaan aku dan suami.

2. mengutamakan pelajaran anak-anak dan memastikan anak-anak akan ke sekolah pada setiap hari persekolahan, kecuali apabila tak sihat dengan ertikata lain demam.

3. Satu lagi, buat pemeriksaan atau kunjungan mengejut di sekolah.
Untuk memastikan anak anak datang ke sekolah ( biasanya anak anak yang dah besar dah pandai ponteng sekolah ).

4. senantiasa menghadiri semua perjumpaan antara ibu bapa dengan pihak sekolah.
mesyuarat agung & Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan hari mengambil rekod kemajuan pelajar. .

5. Begitu juga apabila ada upacara tertentu. 
kita sebagai ibubapa cuba menghadirinya. Sewaktu di sekolah rendah, menghadirkan diri pada Hari Sukan, sewaktu anak anak menerima hadiah kerana mendapat nombor teratas dalam kelas, ibubapa perlu datang bagi sokongan pada anak anak.

6. Ayah juga akan menyediakan segala keperluan persekolahan anak-anaknya.
 termasuk wang belanja sekolah, membeli buku teks dan buku tulis, pakaian seragam, alatan persekolahan serta keperluan untuk kegiatan kokurikulum.



1 ulasan:

tiada apa yang menarik dalam catatan ini,titipkan ulasan rakan rakan sebagai tanda sokongan,
Terima Kasih.