U Follow I Follow

Rabu, 7 November 2012

sg congkak part 2


- JOM LAYAN GAMBAQ -

di pendekkan citer,pagi sabtu kami berkonvoi mengikut cikgu menuju ke sungai congkak hulu langat,jauh jugak siuttt aku ingat sat jeh dah sampai rupanya jalan menuju ke ceras,segala lurah dendam di lalui....
ingat tuh cam kompeden jeh,cakap ngan hubby and anak anak pasni dah tahu jalan leh lah wekend kita datang picnic kat sini,tapi bila dah gini...jalan sat masok hiway,sat masuk pekan,sat masok simpang,sat naik bukit turun bukit....haru biru rasanya....follow keta cikgu pun dokat dokat jeh,takut terlepas follow,lampu isyarat kuning pun terjahhh....hi hi tawakal je lah.... yea !

pintu masok ke sg congkak

cetek jeh ayaq terjun




hubby bertanya sesuatu ngan cikgu

acara kepit bola



acara bawa lari bola


acara tarik bola dalam gelung rotan

acara straw getah

acara jalan itik

bersiap untuk acara tiup belon,takut tapi kena gak tiup sampai pecah

aduhyai..takutnya.....

acara boling padang untuk kaum ibubapa

acara lumba lari

acara lompat katak

acara tiup belon tuk kakak abang

acara kakak abang tarik gula dalam tepung

ciup dik jangan tak tiup....


kaum bapa sedang membakar ayam


kentang bakar pun ada



dah penat sukan,acara mandi manda










dah penat mandi,masa untuk makan....




tetiba lak bateri kong,dah tak leh nak snap gambar penyampaian hadiah....hu hu

Rabu, 31 Oktober 2012

hu hu


tengok,takdak keje kan,pi buang duit gituh jeh...bukannya ade birthday anak anak pun...tapi dah kemaruk nak makan kek,ginilah jadinya....terbang duit aku 82 hinggit hu hu...layan kenah anak anak ginilah jadinya...!

Selasa, 30 Oktober 2012

sungai congkak

korang tahu tak sungai congkak tu kat ne,aku tak tahu ...tu yang aku tanya ....malu pun ada gak coz tempat tuh kat kat sini jeh tak jauh dari kawasan aku tinggal nilai...cuma ke depan sikit jeh kan....tapi tu lah hasben aku tak pernah bawa aku anak beranak kesana jadi memanglah aku tak tahu....( eh eh salahkan husben lak )


gini....

saturday nie baby bongsu aku tadikanya ada buat sukan tahunan kat tempat tuh....disuruhnya mana mana parents yang tak geti nak pi ke sana suh follow keta cikgu seawal 8 pagi....aku bukannya ape takut terlewat maklumlah anak kecik kecik nak bangun seawal pagi tu aku meroyan dulu baru bangun termasuklah bapak budak hu hu....soooo...laulah aku terlewat aku dah nampak sikit jalan ke sana taklah aku bertengkar ngan hasben salahkan diri memasing...anayway sape sape rakan blog pernah pegi atau jalan ke sana leh tolong citer sikit tak jalan nak ke sana dari umah aku nilai,sepang.aku dah cuba google maps tapi aku bler lah....nak guna gps note aku,aku tak geti guna he he.....




Isnin, 29 Oktober 2012

alhamdulillah....

nie juadah aku pagi raya Aidiladha...menu permintaan anak anak pagi raya,maklumlah tahun nie raya haji tak balik kampong,hasben kono kojo malam....hu hu sodih....
menu raya belum lagi...coz tengah tunggu daging korban...baru best dapat masak menu raya kan...


walau gitu pagi tuh sompatlah hasben gi tolong surau wat korban,hasilnya dapat lah sikit tuk aku wat makan makan anak beranak...
tulang,daging lembu,hati dan limpa

hati lembu dan limpa



daging korbau....
alhamdulillah rezeki dari Allah S.W.T....stok sebulan tak habis nih hi hi ( simpan jeh tak masak,sayang nak masak...)....syukur dapat hati tuh lehlah menambahkan darah aku yang sediakala asyik turun jeh bila gi checkup......mudah mudahan checkup next week darah aku kembali normal....!

Isnin, 22 Oktober 2012

bayi laki lakikah...?





Salam semua...
adakah aku mengandungkan bayi lelaki...?
bila aku terbaca satu artikal tanda tanda ngandungkan bayi lelaki,aku teruja coz aku rasa impian aku  menginginkan anak lelaki akan terjawab...namun ini semua hanya kuasa Allah S.W.T yang menentukan....aku tak kisah pun janji sihat walafiat.... 
 
 
- Mual atau morning sickness
Banyak orang kata jika kita sedang mengandung bayi perempuan, maka rasa mual jarang dirasakan. Namun, jika kita sedang mengandung bayi lelaki, kita akan selalu mengalami muntah muntah di waktu pagi dan petang.

- Bentuk perut condong ke arah bawah
Tonjolan bayi kita sudah mulai terlihat apabila kita hamil bayi lelaki. bentuk perut kita akan membulat dan sedikit condong ke bawah.malah jika di lihat dari arah belakang kita kelihatan seperti tidak mengandung.

- Berat badan tidak naik
Apabila kita mengandung anak lelaki, berat badan kita tidak akan mengalami kenaikan terlalu banyak.
 
- muka sayu
ibu hamil bayi lelaki akan senantiasa kelihatan pucat dari awal ngandung hinggalah trasmeter terakhir,malas berdandan juga ada tikanya tidak mengendahkan penampilan diri.Ini berbeza dengan penampilan ibu hamil bayi perempuan yang selalu ingin tampil cantik
 
- Ngidam Asam
 
bayi laki-laki lebih memerlukan nutrisi dari makanan yang masam-masam.

*** mungkinkah aku mengandungkan bayi laki-laki,coz tanda tanda ini apa yang aku rasakan tika dan saat ini ***

Selasa, 16 Oktober 2012

solat sunat taubat


ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.”

Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Syarat-syarat taubat :
  1. Ikhlas ingin bertaubat
  2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
  3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
  4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
  5. Dikerjakan sebelum ajal tiba
Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.

Waktu melaksanakan taubat :

Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.
Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya

Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.”

Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.

Cara melaksanakan solat taubat :

Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;
  • Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa 
  • Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” 
  • Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),
Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

  • Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,

  • Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.
    • dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,
    Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”


    Ya Allah ! ampunkan hambamu ini

    Assalamualaikum...

    pagi nie fikiran bercelaru sikit,mikirkan ape yang terjadi kelmarin....
    kisahnya begini,satu malam yang dingin ( he he ) malam tadi aku tak sengaja telah membunuh seekor katak yang entah dari mana datangnya tetiba muncul dalam dapur rumah aku...mulanya aku ingat nak biarkan saje katak tu cari jalan keluar tapi aku takut katak tu tak geti cari jalan keluar....and merayap seisi rumah plak...anak anak dahlah takut ngan binatang tuh,aku pun takut...langsung tetiba aku ambek batang penyapu lalu menghentak memukul katak tu sehingga lembik,sebelum tuh aku dah spray ngan sheltok jadi binatang tu pun cam biul sikit lemah urat sendinya...senanglah aku nak mengerjakannya....dah aku kerjekan hingga lembik lalu aku flashkan ke tandas.....aku tak tahu samade riwayatnya dah tamat....masa tuh hasben aku takdak gi solat kat surau...lau ade dia mungkin aku tak segila itu.....

    pastu bila tidoq jeh aku asyik mikirkan ape yang berlaku tuh,memang aku tak leh tidoq malam tadi....
    nak citer kat hasben belum tercerita lagih...aku benar benar takut,bila tingatkan pesanan orang orang tua juga hasben aku....tapi aku memang tak sengaja masa tu,secara spontan aku jadi gitu....baby dalam perut aku malam tadi asyik menendang aku cam ade yang tak kena jea,aku pusing kanan,pusing kiri melentang...

    ya Allah ya tuhanku ampunkan hambamu ini,aku tak sengaja melakukan perbuatan itu,aku menyesal,dan bertaubat....aku bertawakal padamu ya Allah Ya Tuhanku,janganlah kau berikan natijah yang tidak elok buat diriku,baby yang aku kandung juga keluargaku,aku bermohon padamu ya Allah kou peliharalah kandungan ku ini,kou berikanlah ia sesempurna seperti zuriatku yang terdahulu aminnn.....

    Isnin, 15 Oktober 2012

    minggu peperiksaan akhir tahun

    Minggu nie anak- anak akan menghadapi kemelut minggu peperiksaan akhir tahun sek kebangsaan dan juga sekolah kafa,serentak gituh...kesian kenalah perah otak sikit coz exam nie penentu naik kelas untuk tahun depan....hati ibu jadi gundah gulana,adakah anak anak boleh menjawab soalan exam,namun ibu hanya boleh titipkan doa buat anak anak moga dapat menjawab soalan dengan sebaik mungkin,biarpun hati ku asyik memikirkan anakku Aiman yang demam dari hari sabtu hingga hari ini,tapi di gagahi juga kesekolah...mudah mudahan anakku aiman dapat lalui peperiksaan ini dengan semangat yang kuat ye nak..... begitu juga dengan kakak kakaknya asyikin juga amirah....!
    sabarlah yea nak...dah habis exam dapat cuti panjang yahooo.....

    dah 21 minggu



     
    15Oktober2012 bersamaan 21 minggu & 2 hari

     cepatkan masa berlalu,aku kini dah masuk trismeter yang kedua untuk kandungan aku,rasanya baru jeh aku meninggalkan saat saat genting loya muntah,tak lalu makan,busuk sana sini....ingat ingat tuh dah tak sanggup rasanya menghadapai saat saat itu...alhamdulillah sekang aku dah mula normal kembali ke asal kuat makan,apa saje depan mata semua aku bedal....cuma bau perfume tu jeh aku tak sanggup,seisi keluarga aku di haramkan spray perfume hinggalah baby kecik aku nie keluaq he he.....

    baby pun dah mula wat hal,silap sikit nendang,aduhh terasa sakit tapi aku suka memandangkan baby aku dah mula aktif....
     21 weeks pregnant
     minggu nie aku ada checkup,harap aku ngan baby takdak masalah,memandangkan sebelum nie aku di beritahu misi uri aku kat bawah,mudahan dah berpusing balik....insyaallah !


    .


    Jumaat, 12 Oktober 2012

    baby tersedak susu

    beberapa hari lepas aku ada posting kisah perginya baby kawan aku....nak tahu puncanya ape?
    tersedak susu kawan kawan,innalillah....camana leh terjadi camtu aku tak tahu ,cuma yang tahu sikit..malam tu kawan aku menyusukan baby...biasalah kita kan menyusu baby @ anak sambil berbaring langsung tidoq betul tak...gitulah juga kawan aku...pas nyusu anak sambil lelapkan mata,bangun pagi tengok mulut baby dah berdarah kaku bawa ke spital dokto sahkan dah meninggal...hu hu sedihnya begitu senang baby kecik tu pergi , nie pun berita dari kengkawan yang berhampiran aku belum dapat sahihnya lagi...
    memang dah ajal baby tu,tersedak susu tuh hanya penyebab jeh....Allah dah takdirkan baby tu pergi dengan cara begitu....ya Allah ya tuhanku tabahkanlah kawan aku itu,berikanlah dia kekuatan untuk menerima ini semua !

     

    Isnin, 8 Oktober 2012

    tabah

    salam pagi isnin....dah 2 hari berehat kat rumah kan...so harap hari nie keje tak stresslah yea....
    aku pagi pagi nie mood sedih dah melanda...dapat berita anak kawan kat opis meninggal pagi nie,baru jeh aku jumpa dia last kamis ari tuh coz dia pun baru start keje baru habis pantang lah tuh...seronok jeh dia bercerita baby girl dia coz itulah satu satunya baby girl yang sebelum nie semua lelaki 3 orang....tak tahu ape sebabnya,pagi nie rakan seopis baru nak gi melawat kat spital....moga kawan aku tu tabah dalam ujian Allah yang aku rasa memang berat untuk di tanggung oleh seorang ibu yang baru habis berpantang....!

    innalillahhiwainnailai hirajiunnn.....


    Jumaat, 28 September 2012

    bekfes

    degil kan,kan aku dah cakap aku pepagi tak leh bekfes nasi lemakkk...perut aku dah rasa semacam dah hah...tapi itulah aura sambal nasi lemak tu yang aku tak tahan kena pulak sambal kerang...entry lepas ada aku citer sini ...aku nie peminat tegar nasi lemak,lagi lagi lau sambal nasi tu sedappp...hari harilah aku melantak sampai aku keboringan....biasalah aku lau tingin makan sesuatu tu pasti cecah 2 weeks baru aku jemu....

     nielah nasi lemak yang aku cakap tuh,cer tengok sambal kerang tuh cam sedap jeh kan...memang sedap pun tak pedas,tak manis sedang sedang jeh he he...aku sukaaa korang aku tak tahulah !


    sambil tu aku layan gak ketupat palas nieh...ada member aku juai...satu plastik ketupat kosong satu lagi tuh berinti serunding memang sedap....hah lagi menjadi jadilah sakitnya perut aku pepagi dah melantak pulut....
    anyway aku memang degilll.......sian baby ibu lam perut nih :-(

    Khamis, 27 September 2012

    sari dua

    sari dua nie badan cam letih jeh,tak tau nape mungkin pembawakan budak kot....angin dan nak marah jeh...tah ape aepe kan...orang lain pun preggie jugak ceria jehhh yang aku nie muka serius jeh....emmmm entahlah ape yang tak kena pun tak tahulah....nak kata anak anak wat hal taklah plak,baik jeh anak anak aku tuh paham ibu dia penat....pagi nak pi sekolah senang jeh bangun,bersiap sarapan sikit terus ke sekolah...yang kecik pun gitulah kejut sekali jeh dah bangun,cuma mengada ngada tuh datang tiap kali pagi
    nak mandi kena dukung,aduh nak taknak si kecik wat hal aku dukung jugak ...hah tambah lagi beban aku...!
    tapi nak wat geno dah namanya ibu kan kan kan....

     

    tapi yang aku perasan tu minggu nie hubby aku keje petang,baliknya sok pagi...aku jeh ngan anak anak kat rumah mana nak layan makan anak,wat keje sekolah...layan tv sambil bercerita ngan anak anak ...kul 10 dah masok tidoq semua...tidoq awaiiii tapi badan nie tetap letih...dah tua kot,tulah dah tua gatai nak ada baby lagihhhh....biasalah dah rezeki kan kan kan....eh eh tua ke aku nie....tak kottt...baru 30+++.....

    k lah cau cin cau,jari jemari pun dah letih nie....




    Isnin, 24 September 2012

    alahai baby.....

    entah tetiba malam nie rasa hati nak wat entry lak....bukannya ape tadi tak sempat nak update blog...so malam nie sambil tepok anak bagi tidoq,sempatlah menaip entry nie kejap....

    korang nampak tak ape yang aku nampak.....alagkah bahagiaanya jika aku dapat melihat babyku dalam perut sedemikian rupa.....tentu aku akan lebih berjaga jaga berhati hati untuk keselesaan baby aku nieh...


    comei kan.....elok jeh berdakapan ngan si ibu.....

    k lah mata dah berat nieh...takut plak entry nie melalut lalut....good night....♥♥♥

    Jumaat, 21 September 2012

    membesaq sebagai johan

    alhamdulillah minggu nie baby dalam perut dah hampir cecah 18 minggu,dah 5 bulan lebih dah tapi dah nampak cam 7 bulan hi hi biasalah aku lau mengandung sebulan pun perut aku dah nampak,agaknya perut tebal kot...2 bulan jeh aku dah kena tukaq uniform hu hu....baby dah mula buat gerakan autraman...silap duduk sikit jeh mula terasa tajam...kekadang tu sakit tapi tu tandanya baby dah mula membesaq dah aktif...baby nak bagitahu kot yang baby wujud dalam perut nie he he....alhamdulillah baby aku sihat,membesaq dengan baik,insyaallah....yang bestnya aku pun membesaq dengan baik ha ha....tapi satu jeh yang aku takut,last checkup ari tu doktor scan kata uri aku kat bawah,patutlah aku rasa punding kencing aku nie asyik menekan jeh sakit siutt....dahlah tengah malam asyik terjaga nak terkicit jehhh,walhal kuantiti air kencing tuh....korang pun boleh agak kan kan...mahu aku letak baldi kat tepi katil aku....malulah plak kan kot ditanya dek anak anak...ape aku nak jawab...silap silap haribulan digelaknya aku hah baru padan muka aku kih kih....
    harap harap baby nie pusing balik lah yea ikut laluan yang betoiii....insyaallah mudah mudahan...
    anyway sekang nie aku dah mula semangat makan,pagi nasi,tengahari nasi malam nasi....jajan jajan aku tak mau tau tak teringin pun....cuma adalah sesekali tu masok mulut jugak.....tapi ape apepun aku harap baby aku nie sihat  cam kakak2nya dan abangnya....insyaallah....



    nampak tak,dah memboyot...dah nak nampak tinggi sama meja dah ...
    hah tu dia....ape yang ada dalam tu yea....tentulah baby aku yang comei lote !