U Follow I Follow

Selasa, 29 November 2011

nasi arab lagi

   korang tahu petang ahad  lalu,
   aku dan hubby aku bawa aku dan
   anak anak gi persint 1,anak anak
   nak mandi swimming pool,
   jadi untuk tak menghampakan hajat
   anak anak kami pun kesana petang hari tu,
   maklumlah sian juga cuti sekolah nie
   anak anak tak kemana mana,camana
   nak pi bercuti,hubby aku kan tengah mc lagi,
   masih sakit lagi akibat accident hari tu....!
dalam perjalanan ke sana,hati aku terdetik umtuk mengajak hubby aku untuk makan nasi arab dalam perjalanan pulang nanti,aku cuba suarakan hajat tersebut pada hubby aku....
"nantilah ayang,kita balek ajelah lain kali kita makan yea,coz dah malam nie,lagipun abang tak tahu jalan ke sana...! "
aku diamkan diri ajeh coz aku paham inilah first time kami kesana,selalunya aku ke sana gi ngan kawan,kawan yang drive....aku sampai terus makan ajeh ! biarpun hati ini meronta ronta nak makan nasi arab,hari tu makan rasa tak puas.....tapi aku kuburkan keinginan aku tu bersama angin malam....!
dalam perjalanan pulang entah macamana kami tersesat cari jalan pulang ke klia
( kelakar kan ) padahal tiap bulan kami kesana untuk shopping barang dapur di carefore....mungkin jugak sebab malam kot,jadi tak nampak jalan ( he he kami follow pada sign board )....dah sesat nie kami terus kan jugak mencari jalan pulang ke klia,mencanak jugaklah kami malam tu mengagau cari jalan balek....!
tup tup kami ikut jalan cyberjaya,lau kawan kawan nak tau....entah camane kami tiba di persimpangan jalan.....
abang ! tengok tu sambil aku menunding jari ke seberang jalan... "restaurant saba "
kami pandang sesama sendiri senyum....
langsung apalagi kami terus singgah kesitu untuk makan malam,tercapai jugak hasrat aku nak makan nasi arab he he....
itulah hubby aku cakap Allah S.W.T punya kuasa...kita hanya merancang tuhan yang menentukan...
sambil makan kami tersenyum sendirian....!kami sempat lagi tapau untuk sarapan pagi esok hi hi....!
dan kuasa Allah S.W.T juga,selesai kami makan kami pun bergegas untuk pulang,entah macamana senang plak kami jumpa jalan pulang ke klia....!

Rabu, 23 November 2011

tabahkanlah hatinya

hari ini aku terbaca satu blog dari kawan aku,sedih aku baca blog tu http://mawarnafastari.blogspot.com/
tiba tiba perasaan aku jadi sensitif plak,aku tak dapat bayangkan diri aku jika di tempatnya,macamana anak anak aku yang 4 orang ini apabila kehilangan seorang ayah seperti yang di alami pada anak anak mawar...!!!
begitu tabah hati dia menghadapi kehidupan ini di samping anak anak yang masih lagi kecil malah semakin hangat meriduii ayahnya....
 
(  "nak cakap ayah...." berulang2 kali dia sebut...
aku yang ngantuk terus terjaga dan kelu serta sebak mendengarnya...
terus aku peluk Embun dan tenangkan dia... dan buatkan susu dia , terus saja dia tertidur semula.."  )
 
bayangkan kawan kawan jika kita dalam situasi yang begitu,adakah kita sekuat mawar ?
aku...?aku tak sekuat mawar,hati aku kecik untuk menerima dugaan Allah ini....!
tapi mawar ! tabah,kuat mungkinkah demi anak anak ! ya demi anak anak mawar bangkit,walaupun di hati kecik mawar terselit rasa sedih,terselit rasa kecewa,terselit rasa rindu....
 
aku doakan moga mawar tabah,demi anak anak...berikanlah kasih sayang sebagaimana nafastari berikan tika dia hidup,moga anak anak mawar membesar menjadi anak anak yang soleh dapat mendokan ibu dan bapanya,aminnnnn juga al-fatihah buat mawar sekeluarga...!
 

Selasa, 22 November 2011

nasi arab


huh,baru balik dari melayan  nasi arab"gendang gendut tali kecapi,kenyang perut suka hati "inilah yang terjadi pada diri aku hari ini !
kawan kawan tentu familiar kan ngan saba restaurant kan,kalau tak familiar ngan restaurant saba tu malulah ngan aku coz aku pun tahu restaurant saba tu he he maaf baru nak berjinak jinak ngan restaurant ni...
Hari ini aku keluar bersama rakan rakan untuk menikmati hidangan di saba restaurant,kebetulan hari ini kami nak meraikan seorang kawan kami yang hari ini jatuh ulangtahun nye yang ke 50,langsung kami sepakat untuk meraikan ulangtahun beliau di saba restaurant....tapi malangnya dan sedihnya beliau tak dapat sertai kami coz kesihatan tidak mengizinkan,kami terpaksa proceed juga ke sana coz tempahan dah di buat...aku ok ajeh coz bukan senang nak makan nasi arab di cyberjaya nie,tambah tambah lagi ada orang sponser ( belanjalahlah tuh...),huh memang sedap giler nasi arab nih,banyak siut sampai tak terabis makan siap tapau tapau lagih.....kena plak ngan banana milk fuhhh terangkat wa cakap bebbbb.....
korang lau ada masa tu gi lah layan nasi arab kat cyberjaya,datang sekali pasti nak datang lagi....!

Isnin, 21 November 2011

mood sedih

korang tahu aku rindu sesangat nak mengupdate blog aku nih,hampir 3 minggu jugalah aku tak pedulik dengan blog aku....! yelah mana taknya korang tahu hati aku nie sangat sedih,laki aku accident sekang nie dok umah layan mc...tulang rusuk retak....!aku sedih sangat coz...,hati aku hari hari berduka,nampak jeh muka aku ceria,tapi dalam nie tuhan ajeh yang tahu...aku kesian tengok hubby aku dok kat umah,mati kutu katanya tak keje,maklumlah kawan dah biasa keje kuat demi keluarga,bila dah jadi camnie...tapi ok juga kan coz laki aku nie susah nak cuti asyik keje jeh,hah nie rezeki tuhan bagi suh rehat,cover balik penat lelah keje tu kan...!
sekarang nie laki aku tengah berehat di rumah,layan sukan sea jeh nampaknya tuh....!
anyway aku minta kawan kawan doakan supaya laki aku cepat sembuh yea...maaflah coz entry aku nie begini rupa,ringkas sangat maklumlah hati aku masih dalam mood sedih....hope rakan blog paham yea....!
bye bye...!

Isnin, 7 November 2011

selamat hari raya korban

selamat menyambut hari raya Aidiladha kepada semua rakan rakan blog , kepada yg dah berada di kampong selamat bergembira bersama keluarga .. aku tahun nie rasa macam tak sambut raya je mana taknya nielah first time aku beraya di rumah sendiri,aku tak balik mana mana .kata hubby aku bersabaqlah yea ( senyum dalam tangisan ),camana aku nak balik,hubby kena kerja,lagipun sejak ada keta baru nih,budjet aku dan suami memanjang miss....anak anak ada juga bertanya,nape kita tak balik kampong ibu,kawan kawan semua balik kampong...! sian anak anak aku tak dapat merasai suasana hari raya korban....( inilah pengorbanan aku dan anak anak ).
           sib baiklah kat sini ada wat korban,hubby aku kerja petang so pagi tu dapatlah dia memabantu serba sedikit dalam ibadah korban nie,dapatlah anak anak aku melihat sendiri pengorbanan beberapa ekor lembu untuk di korbankan...! kata hubby aku anak anak aku begitu teruja melihat lembu lembu tu kena sembelih....hubby aku dapatlah sedikit daging dan tulang lembu,apalagi dah ada daging nie aku pun buatlah
daging cicah ayer asam juga sup tulang kegemaran hubby dan anak anak aku,alhamdulillah dapat gak aku merasa manisnya daging korban !
        aku ada call kampong,mak kata tak ada mood, anak anak semuanya tak balik ....adek ely yang dok ngan mak di kampong pula demam,sian...rindukan anak anak buah kot ! hari raya macam tak raya jeh kata mak aku....rindukan anak anak lah tuh.....abah pulak kena keje jugak...!insyaallah mak abah,tahun depan kami akan balik kita beraya sama sama yea,kita raya sakan ...!
                                     " SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA "

Jumaat, 4 November 2011

idola

salam petang jumaat...

tiada yang dapat membanggakan ibubapa jika si anak berjaya dalam pelajarannya walaupun baru di peringkat sekolah rendah,begitulah yang aku lalui sekarang,aku sebagai ibu sangat berbangga dan berbunga apabila si anak datang memberitahu yang dia dapat no 1 dalam kelas dan skor 96%...apatah lagi untuk peperiksaan akhir tahun,peperiksaan yang menguji daya keupayaan dan penerimaan anak anak kita selama setahun bersekolah untuk tahun tersebut....
aku merasakan aku bukanlah ibu yang terbaik berbanding dengan ibu ibu yang lain dan aku percaya ada ibu yang lebih baik daripada aku,namun aku berusaha untuk berbuat yang terbaik untuk keluarga aku terutamnaya anak anak aku yang sedang membesar di alam persekolahan.
 Anak-anak menjadi kebanggaan aku dan suami.Syukur dengan apa yang Allah kurniakan kepada kami setakat ini. Sebenarnya aku akui bahawa ayah aku adalah idola aku,aku banyak belajar daripada sikap ayah dalam membesarkan anak-anak. Mungkin aku tidak ambil dan tiru semuanya, namun aku akui sikap garang ayah aku apabila mengajar anak anak terutamanya yang berkaitan dengan pelajaran anak-anak, kadangkala aku membayangkan apa yang ayah aku lakukan dalam mengajar anak anaknya ( aku dan adek adek aku ).
Dalam hal-hal berkaitan dengan pelajaran, aku rasakan ayah sebagai seorang bapa yang tidak pernah berkira dari segi masa, tenaga lebih lebih lagi wang ringgit. Dan itulah yang aku cuba terapkan dalam diri aku dan suami supaya aku tidak leka dalam memberi pelajaran pada anak anak...!

1. memberi keutamaan anak anak bersekolah
Pelajaran anak-anak memang menjadi keutamaan aku dan suami.

2. mengutamakan pelajaran anak-anak dan memastikan anak-anak akan ke sekolah pada setiap hari persekolahan, kecuali apabila tak sihat dengan ertikata lain demam.

3. Satu lagi, buat pemeriksaan atau kunjungan mengejut di sekolah.
Untuk memastikan anak anak datang ke sekolah ( biasanya anak anak yang dah besar dah pandai ponteng sekolah ).

4. senantiasa menghadiri semua perjumpaan antara ibu bapa dengan pihak sekolah.
mesyuarat agung & Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan hari mengambil rekod kemajuan pelajar. .

5. Begitu juga apabila ada upacara tertentu. 
kita sebagai ibubapa cuba menghadirinya. Sewaktu di sekolah rendah, menghadirkan diri pada Hari Sukan, sewaktu anak anak menerima hadiah kerana mendapat nombor teratas dalam kelas, ibubapa perlu datang bagi sokongan pada anak anak.

6. Ayah juga akan menyediakan segala keperluan persekolahan anak-anaknya.
 termasuk wang belanja sekolah, membeli buku teks dan buku tulis, pakaian seragam, alatan persekolahan serta keperluan untuk kegiatan kokurikulum.

. 


Khamis, 3 November 2011

bus o bus

pagi nie seperti biasa jam 7.00 pagi aku dah keluaq rumah untuk menghantaq anak anak ke sekolah,biasalah rutin harian aku tuh,si ayah biasanya lewat sikit gi kerja coz tempat aku kerja ngan suami bertentangan,aku laluan yang sama ke sekolah dan tempat kerja aku....hujan plak renyai renyai....kesian plak aku mikir husband aku gi kerja naik moto musim musim hujan nie,tapi kata suami aku lebih selesa naik moto katanya ...entahlah aku tak nampak pun keselesaan tuh,yang aku nampak camnielah lau hujan basah kuyup.....!...
anyway nak aku cite sebenor benornya bulan nie aku gi kerja naik bus,coz keta aku ada problem sikit....lepas jeh antaq anak anak ke sekolah,aku pun terus bergegas ke tempat aku parking keta untuk naik bus,sib baiklah 2 3 hari aku naik bus nie tak hujan,cuma waktu aku balik keje adalah hujan sikit sikit,tapi aku tak kisah tu yealah dah balik apa halnya basah pun basahlah kan dah sampai umah ha ha....ada aku kisah !
       part naik bus nie yang aku tak sanggup,berhimpit himpit cam nasi himpit :-) lau di himpit ngan adek manis atau abang honsome aku pun suke! nie tak yang aku baran nie,dah lah kena berdiri plak tuh,si mat bangla bangla nie....aduhhhhhh naik tengit hidung aku,loya pun ada....sambil angkat tangan keatas pegang pemegang supaya tak jatuh.....huh,pening kepala aku bila bau tu menyengat....tak sanggup aku dok lama lama sebelah mat mat bangla tuh....aku terus ke belakang bas,hah sib baik ada kursi kosong lagi,fuh lega.....
dalam posisi aku dah stabil tuh,baru jeh aku nak layan tidoq,si mat mat bangla tu dah berasak asak kebelakang,rupanya dah di suruh oleh pemandu bas kebelakang,coz ramai lagi orang nak naik.....ah alantaklah janji aku dapat duduk.....bau tu tetap bau,tapi nak wat geno,tutup jelah hidung tu ngan sapu tangan,habis cite.....!tak pun ambik minyak wangi spray banyak sikit kat tangan tu...... :-) pastu cium !

Rabu, 2 November 2011

MasterChef Malaysia


 korang tahu tak,setiap hari sabtu-rabu kul 9 malam je,aku mesti tercegat kat depan televisyen,anak anak aku pun sama ! aku tak tau aura apa yang telah merasuk aku hinggakan aku begitu agresif untuk menonton MasterChef Malaysia rancangan masakan tu....! aku betul betul teruja dan kagum melihat kepintaran peserta peserta yang dapat menyertai rancangan tersebut...
mana taknya kawan kawan,dalam masa 45 minit je depa semua dapat memasak masakan mengikut tema yang di beri oleh Chef Selebriti terkenal....dalam masa sesingkat tu dapat pikiaq resepi ape nak masak,bahan bahan nak masak juga kreativiti dan kemahiran menghias testur masakan tuh...kalau akulah rasanya satu jam pun belum tentu aku dapat menu yang nak aku masak,yelah mana taknya hari hari masak,sampai tak tahu ape yang aku nak masak...last last aku gi je kedai tapau ape yang aku rasa nak tapau he he dah tentu siap dalam masa 15 minit ha ha.....







Chef Riz,Chef Zubir & Chef Johari
pelajar


pekebun sayur

                       semangat peserta yang menyertai rancangan nie amat aku kagum,dengan minat memasak yang diorang ade aku pasti mereka semua nie dapat pergi jauh setanding dengan Chef Selebriti...
doktor pergigian

pelakon

penoreh getah
         korang tahu tak depa semua bukannya datang dari profession sebagai tukang masak tetapi datang dari pelbagai kerjaya,peguam,penoreh getah,penyanyi&pelakon,pelajar,pekebun dan yang paling aku tak sangka sekali doktor gigi...yelah mana taknye hari hari dok mengadap pesakit,sempat lagi tuh si doktor nie menyertai pertandingan nie,tu lah aku dah cakap kalau dah minat memasak nie,tak kiralah kat mana bila dan di mana....minat memasak tu tetap ada !

kek lapis puding
salmon goreng
dan malam nie,malam yang aku tunggu tunggu,salah sorang dari peserta nie akan tersingkir,dah tentu aku sedih coz semua peserta nie hebat hebat belaka,cuma dah adat pertandingan...sape yang kurang terselah kemahirannya pasti terkeluaq kan....!ape ape pun aku tetap menyokong rancangan nie,dan aku rasa inilah rancangan yang terhebat aku rasa Astro persembahkan :-)

Selasa, 1 November 2011

akhirnya dapat juga !


masam je anak ibu nie,sian dia....
 masam jeh muka anak aku nih...

" ibuuu,ibu belikanlah anak patung cam kakak anis tuh,baby (panggilan manja anak aku ) sukalah,comel...
 nanti ibu belikan yea ! lambatnye !( luah anak aku....!)

<><>
<>
<><>
anak patung kepunyaan kakak anis

alahai....
akhirnya dapat juga anak aku miliki anak patung impiannya ,bangganya aku sebagai ibu dapat menunaikan hajat anak aku

tengok tu... :-)

hai anak anak,segala keinginanmu akan cuba aku tunaikan....!

Isnin, 31 Oktober 2011

Aku bersujud Pada Mu Ya ALLAH

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya namaMu ya Allah
Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa


Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud
Padamu

Ahad, 30 Oktober 2011

demam

salam,
dah beberapa hari aku tingalkan kisah ku ini coz dengan tiba tiba jeh aku di serang demam,beberapa hari jugaklah aku di beri mc oleh doktor setelah hampir setahun aku tak mc,inilah wat sekian kalinya aku teruja untuk mc he he...pecah rekod aku tahun nie,ingatkan rekod cantik jeh tahun 2011 tanpa mc....
tapi tu lah kuasa Allah S.W.T...tengah sihat pun jadi sakit betul tak KUN FAYAKUN katanya...!
tapi yang bestnya aku nak cite nie,nak tahu tak hubby dan anak anak aku kata ape,"ibu lau demam best kan,tak bangun senyap jeh umah nie,tapi ibu dah baik nie,sesaat seminit mengaum jeh,"sampai hati tul kata camtu kan kan...tapi aku taklah terasa sangat coz aku tahu depa pun susah hati aku demam,mana taknye asyik makan telur goreng jeh ha ha...anyway aku tinggal kejap yea,coz ade kerja yang perlu aku uruskan,maklumlah hari nie kan hari ahad,sok senin,aku keje anak anak sekolah so kenalah aku menggosok baju sekolah yang berpasang pasang nih,sib baiklah dah sihat lau tak....
" ayah,baju sekolah tak gosok lagi nie,ibu demam cepatlah gosok...!" hah baru padan muka aku ka ka ka :-)

Jumaat, 21 Oktober 2011

sponser

salam...
ptg nie baru sempat nak tengok blog,banyak cerita menarik dan sedih nak di blog kan,tapi rasanya tak sempat kot :-( aku nak sisipkan di sini coz masa berblog nie sangat emas buatkan ku,( masa tu amat mencemburui diriku ! ) maklumlah kerja kerja luaran masih banyak di luar :-)

eh eh,korang rasa kan,ok tak aku sponser choclate nie wat hantaran anak buah aku?aku terjumpa kat airport level 5 tempat aku bekerja nie,punyalah aku pusing sana sini,sampaikan naik cemuih dah aku cari,sebenarnya banyak yang aku jumpa,semua cantik cantik,naik kelabu mata aku nak memilihnya...tapi :-) duit pun cantiklah kan,maklumlah jual dalam airport paham jelah....! last last nielah yang aku decide pilih,coz yang nie nampak lebih menarik dari yang lain...( harge janganlah korang tanya he he  ...)
apa apa pun yang penting ikhlas tuh...! jangan lak beli tu kerna terpaksa he he....
buat yana dan pasangan ( alamak lupa lak nama pasangannya ),
acik linda sekeluarga ucapkan muga berbahagia hingga ke akhir hayat,dan cepat mendapat zuriat,aminnn (bertambahlah lagi cicit atok,entah yang keberapa puluh tah,ramai gituh !!! )

Rabu, 19 Oktober 2011

peperiksaan akhir tahun 2011

16OCT2011 - ahad

malam

adek dah check ke pensel warna dah asah,pensel dah asah,pembaris,pemadam,hah sharpener jangan lupa bawa...pensel tu bawa 4 batang yang 2B tau janganbawa pensel tekan ( aku mengomel memanggil adek suh memeriksa kelengkapan untuk mengahadapi peperisaan akhir tahun esok ! )
" dah lah ibu,adek dah check semuanya "
" peksa ape esok ?"
" bahasa melayu "
" habis tuh dah baca buku ?"
" dahhhhh...( panjang jeh jawapnya ...)
" kak dah baca buku ?"
" dah ibu "
( sikakak nie aku taklah nak menjerit jerit coz aku tahu,dia memang dah bersedia semua tak yah di suruh....)
biasalah kakak yang sulung rasa tanggungjawab tu sure ada !

17OCT2011 - isnin

malam

'' sok peksa ape adek ?''
" matematik dan bahasa pendidikan islam...!adek dah baca dah (cepat je menjawap ! )..."
" aikk kejap je,matematik tu kan kena wat latihan,bikan hafal jeh ! aku dah mula meleter :-)"
"dah lah ibu adek dah buat,kertas kosong tuk conteng conteng pun dah adek bawa tuk kira kira..."
" eeemmmmmm "

18OCT2011 - selasa

petang

balik dari jemput budak budak di taska,adek amirah dah terjah aku,mengendeng ngendeng lagi tuh,nie mesti ade ape ape nih...
rupanya nak gitahu aku yang bahasa jawi dapat 50 per 50...kemain suka lagi adek...
"alhamdulillah,cepatnya dapat markah...? "
tahu ape adek jawap...
" yelah ibu,kami tengah peksa dalam kelas,cikgu kan tak mengajar so sempatlah dia check kertas jawapan yang lepas !
aku senyum dengan jawapan tersebut,betul juga kan he he bermakna ade juga cikgu yang amanah dengan kerjanya kan kan kan...

19OCT2011 - rabu

hari nie seawal pagi dah antaq  budak budak kesekolah,coz dengan harapan dan pesanan wat adek dan kakak,sebelum cikgu masuk kelas ulangkaji pelajaran dulu ! muga dapat menjawap dengan baik dan tenang !aminnn.

Isnin, 17 Oktober 2011

koteow sup

salam...
nyum nyum nyum,wah tengok tu cik kak tu makan tak pandang kita ! takut orang mintalah tuh hi hi.....kawanku menyapa dari belakang ! nielah makan tengahari aku hari nie...tekak nie rasa cam nak makan koteow sup pulak,cam rasa nak demam jeh...tu yang aku gagahi diri nie pi food court tapau si koteow sup nie,kena pulak dengan cili merahnya ala ala bihun sup utara tu ngan cili merahnya....pehhh bos lalu kat belakang pun tak sedar :-)...

apa ape pun bagilah can aku menikmati koteow sup nie,jangan kacaulah terbantut selera aku nanti...k lah aku nak layan maka jap...jumpa lagi bye bye !

alamak baru jeh bye bye,sedar tak sedar dah licin dah ha ha ha !

Jumaat, 14 Oktober 2011

alahai Tokwan aku

" ya Allah ya tuhanku,kaulah maha penyayang dan maha pengasih,sihatkanlah tubuh badan TokWan aku yang sedang demam ini,kau berikanlah kekuatan pada dirinya untuk dia mengaharungi hari hari tuanya dengan kesihatan yang baik,kau pulihkanlah kesihatan dia,amin ya rabbal alamin !"
pagi nie dapat berita tokwan aku masih lagi tak sihat,still badan lemah lemah,sekarang nie dok kat umah anak dia kat KL (umah paksu aku)...

berbaring je,badan lemah


sian plak aku,teringat aku sebelum nie kami sesama ke Terengganu meghadiri kenduri perkahwinan sepupu aku,dengan kudrat yang ada TokWan aku melangkah girang masuk ke dewan persandingan,upacara amat meriah,kami di layan dengan begitu baik dan mesra sekali dari keluarga pihak pengantin perempuan(sepupu aku tu lelaki),makan memang mewah di sana,kami di beri 2 buah rumah Home stay (cam banglo) rasa cam nak duk terus kat situ he he,memang berbaloi rasanya dapat duk situ 3 hari 2 malam setelah hampir 9 jam kami drive dari kl (tu aku,lau tokwan aku dari kedah,kira sendirilah....!)...


Towan aku jadi saksi pernikahan
bergambar dengan pengantin

tiba hari last kami di sana,tokwan aku dah mula menampakkan ketidaksihatannya,tapi kami gagahi juga membawanya ke masjid Kristal,lambang kemegahan di negeri Terengganu,katanya tak tengok lagi so kami pun bawalah Tokwan aku kesana,suka sangat dia tapi itulah kena papah coz tak larat nak berjalan....alhamdulillah !dah selesai kami melawat,kami pun bertolak balik ke kl,kul 11.00 malam baru kami sampai...aku lak terus balik ke Nilai,coz esok isnin,anak anak sekolah !
sehari selepas tu dapat berita Tokwan aku tak sihat so paksu aku bawalah ke klinik amek ubat

nasi bubur Tokwan
 
lepas makan ubat,tidor
terpaksalah Tokwan aku dan nenek aku tangguhkan dulu balik ke rumah mereka di Kedah...
sehinggalah ke hari nie dah hampir seminggu lebih Tokwan aku di sini,takpelah Tokwan rehatlah dulu kat sini,dekat ngan anak anak nak minta tolong kan !makan ubat ikut masa yea Tokwan supaya cepat sembuh dan dapat pulang ke rumah di Kedah (Rumahku Syurgaku)...insayaallah esok kami datang melawat Tokwan yea !

  
 






Khamis, 13 Oktober 2011

terima kasih

salam,pagi semua....

hari nie hati berkobar kobar nak bukak blog coz blog aku dah berwajah baru hasil nukilan my friend (tima kasih yea,love u) maklumlah aku nie baru jeh belajor belajor berblog,cikgu aku tu hah si irfa tuh....dialah yang banyak memperbetulkan blog aku tu supaya nampak cantik dan yang penting tak kebudak budakkan...(maklumlah aku nie dah jadi mak budak he he)...anyway timakasih yea irfa !
hati berkobar kobar nak layan blog tapi kehabisan idea,camane nie,jap lagilah aku sambung balik....bagi aku masa wat kerja aku dulu,amanah Allah tu cari rezeki yang halal.....(wah wah wah )....babai !

Rabu, 12 Oktober 2011

Hobi Ku

nie nak cite tentang hoby baru aku,mengumpul bekas tapaware (brand tapaware,bukan tipuware tau...!),tapi aku suka kumpul yang kecik kecik,comei comei tu...yang besaq besaq aku kurang minat sikit,takat nie,inilah koleksi comei comei aku
kat opis,kat umah ade laiii yang comei comei...
cite pasai tapaware nie sampai sekarang aku tak bagi hubby aku guna bekas brand tapaware,lau nak bawak bekal guna jeh bekas plastik yang murah murah tu,bukannya ape aku geram,juga terkilan...aku baru jeh nak kumpul koleksi tapaware coz baru jadi hobby baru aku ,tetiba jeh aku terperasan mangkuk bubur aku colour hijau (memang aku sayang sangat coz tulah mangkuk pertama kiranya tapaware sulung aku beli !),bila aku cari cari tak jumpa (selalu tu aku wat isi bubur anak aku),tetiba nak guna takde...terus aku terjah hubby aku.....!
hah,tahu apa jawapan hubby aku,abang lupalah tertinggal kat opis kot (kalau tetinggal jumpa balik takpe,nie tidak.. bayang pun tak nampak ) ! waaaa.....tersirap darah aku,bukannya takde mangkuk lain yang boleh guna,dok nampak yang tu jugak...!habis takkan aku nak berguling teriak kat situ,paksalah aku redha  atas kehilangan mangkuk aku tuh !
nak tahu hubby aku wat muka tak bersalah langsung,sempat lagi tu dia berseloroh,alah ! kan banyak lagi tapaware tuh ( sambil tunjuk pada tapaware yang tipuware ) ! abang tahu tak satu tapaware nie harga berpuluh tau kat rm50.00 satu bekas tau.....! hah,apeeeeeee........( hubby terkejut ! ) ....hah baru hubby aku tahu.....!
sekarang nie lau kawan kawan nak tau tiap minggu aku check almari tempat tersimpannya bekalan tapaware aku tuh,bukannya ape security tak nak nyesal satu hari nanti ! he he.....

Pengawas Kafa


ibuuuu...adek dapat jadi pengawas KAFA ! wah dengan seronoknye aku tiba di taska tuk mengambil anak anak,si adek melonjak mengkhabarkan berita tersebut...ye ke,alhamdulillah betul ke nie dek,camana adek lak cikgu pilih,ibu tak cayelah....( beribu soalan aku tujukan ! )...iye ibu,tadi adek buat exam tuk jadi pengawas...habis tu adek leh buat tak?mestilah boleh ibu ! ape soalan uztaz bagi?alah dia tanya apa nama sekolah KAFA ?ape nama guru besar adek?ooooo.....tahniah adek ! eleh,belum tentu lagilah ibu ,(si kakak mencelah ),kena exam dulu,ramai yang cikgu pilihlah ibu,tak tau sape yang dapat....! ( si kakak nie jeles lah tuh hi hi )...takpelah kakak kurang kurangnya adek dah cuba kan....aku senyum je melihat telatah keterjelesan adek beradek ! apa apa pun aku megharapkan yang terbaik buat adek amirah !



Isnin, 10 Oktober 2011

Stori Mori

salam semua,maaf lah...korang mesti boring ngan blog aku kan,coz aku jarang mengapdate blog aku nie,bukannya aku tak nak mengapdate blog aku nie,cuma aku tak berkesempatan nak update,aku layan blog kengkawan pun time bos aku tak de hi hi...sememangnya aku rindu ngan blog aku nie...bukannya takde laptop kat umah,bukannya takde broadband tuk asses enternet,masalahnya bila aku baru jeh nak layan enternet,semua anak dara anak bujang aku berkerumun berebut nak main game...padahal aku benarkan anak anak aku layan enternet ke game ke pada waktu weekend jeh hari tak sekolah...hari sekolah sowry,minta maaflah nak layan enternet main game ke,fb ke ( wah!budak budak sekarang nie dah pandai ade fb )...waktu sekolah layan buku he he,kuasa veto aku !
hari nie aku terkesima lak,tengok kawan aku yang sorang nie,rajin bebenor berblog...banyak betul yang nak di ceritakannya,terus aku bersemangat nak berblog....tapi tu lah kengkawan bila aku dah wat karangan dari A-Z ,tetiba je hilang karangan aku tu,tu yang wat aku lemah semangat (maklumlah baru nak belajar berblog,tak tau tang mana nak save...) tetapi....
bila aku layan jeh blog kengkawan,semangat aku tuk berblog datang balik...

tunggu yea cerita cerita aku akan datang .....

Jumaat, 1 Julai 2011

kisah aku dan cikgu

salam semua,salam jumaat...

rindunya lama tak berblog,bukannye dah lupa terus kat blog cuma tak sempat jeh...!banyak cite yang nak di kongsi bersama,tapi itulah tak berkesempatan je nak menaip,hari nie aku luangkan sikit buka blog nie,tampallah ape yang patut...pagi nie lambat sikit datang keje,kena pi jumpa cikgu sek anak sign report kad,kelas kakak dan adek tingkat 3,paksalah aku menapak naik ke atas...! sampai di atas terus tuju ke kelas kakak dulu,amek no giliran untuk berjumpa cikgu...! hati nie dah berkobar kobar nak jumpa cikgu,
''cikgu...anak saya nie kenapa merosot sangat sangat yea pelajarannya,peratus pun teruk...?
''budak budak sekarang nie banyak main,tambah tambah yang lelaki...tak dengar langsung cakap cikgu...
kita ajar dia main di belakang...!
 laa cikgu nie kita tanya nape merosot pelajarannya,dia membebel kata budak budak main main belajar...!cikgu nie paham ke tak soalan yang aku tanya !
sekali lagi aku bertanya,''tapi cikgu bila saya bertanya pada anak saya yang nie dah belajar ke,anak saya kata belum,itulah dia tak paham tapi soalan dah keluar peperiksaan...''
'' kami cikgu cikgu terpaksa kejar silives yang sekolah terget....''
wahhh...berdesing aku dengar cikgu cakap camtuh,di sebabkan nak kejar target,anak anak murid habis lingkup dalam peperiksaan,peratus gila gila menurun...pastu salahkan murid murid tak bagi tumpuan pada cikgu...
nie satu lagi aku bengang,kelas anak aku kelas yang ketiga,tahap biasa biasa jeh...yang best tu cikgu tu cakap terpaksa mengajar ikut tahap kelas satu,kelas pandailah tuh....aduhhhh aku rasa cikgu nie patut berenti keje jelah,mana boleh camtu cikgu,cikgu kena ikut tahap penerimaan murid murid nie tak boleh cikgu nak anggap masa cikgu mengajar budak budak nie cepat paham cam kelas satu tu....! tapi aku stiilll boleh kawal nada percakapan aku lagi,coz sian jugak kat cikgu,ramai parents2 tengok,hubby aku dok sebelah senyum jea tengok aku pasai dia paham aku...!!!!!hubby aku sine report kad,aku terus keluar...tapi aku tak lupa adat aku salam dengan cikgu tu,dan ucap terima kasih...!

di kelas adek,aku tak cakap banyak cuma minta tolong cikgu tumpu perhatian pada adek,coz cikgu kata dia nie pendiam orangnya,banyak buat keje sendiri jeh,cikgu kata kalau boleh biarlah adek exposekan diri tuh,aku kata takkan nak suruh jadi budak hiper aktif kot....!ha ha kan dah kena cikgu.
aku tak cakap banyaklah,penatlah nak membebel,cukuplah aku membebel kat umah hi hi....

alamak jam dah menunjukkan kul 2.30,jap lagi ade breifing kat opis aku nie...baru jeh jari nie ligat menaip,masa betul betul cemburukan akulah...!anyway di izinkan nanti aku sambung lagi kisah kisah aku yang tak terciter lagi....!